Friday, January 15, 2010

SELAMAT TINGGAL MINGGU KEDUA JANUARI

Begitu cepat masa berlalu. Hari ini gerhana matahari merupakan gerhana pertama dapat ku lihat dengan terang. Tatkala bulan berada dekat dengan matahari. Ini segera mengingatkan gerhana bulan yang terjadi pada malam tahun baru 2010. Dalam begitu dekat masa kita melihat dua kejadian gerhana yang ditafsirkan oleh pelbagai pihak daripada perspektif yang berbeza. Aku teringat kata nenekku yang gerhana berlaku kerana bulan atau matahari sakit.Itu pemahaman orang lama.....apapun jua apa yang berlaku adalah kebesaran Allah yang jarang kita dapat tafsirkan dengan tepat. Begitu cepat masa berlalu dah selesai minggu kedua Januari. Cabaran tahun baru nampaknya kian terasa. Cabaran kerja, cabaran keluarga... kesihatan juga.

Miaow... Januari bermakna Romeo dan Emet dah menjangkau tiga bulan. Cepat betul masa berlalu. Oh ya siapa Emet dan Romeo?.. Dua ekor anak kucing, yang menjadi tetamu tidak diundang kerumah ku. Kenapa aku namakan Romeo dan Emet?... Nanti aku khabarkan. Ibunya Oren, merupakan kucing yang telah mendiami kawasan 'gated guarded' rumahku. Comel? Anak kucing memang sume comel. Itu panddangan aku... tak kira sama ada Parsi ke.. kampung ke... macam baby juga, semua baby comel. Yang tak comel bila dah besar dan buat perangai. Kucing kalau dah start menyelongkar periuk naik angin juga dibuatnya. Nasib aku bailk kerana semua kucing-kucing aku makan dalam pinggan. Kalau tak mesti aku kecewa. Minta maaf le sebab susah nak upload gambar-gambar kucing-kucing milik aku. Inilah julung-julung kali aku mencipta blog.. makanya dan harusnya aku ketemu sedikit kesukaran yang aku percaya tak lama lagi settle lah!

OK...

No comments:

Post a Comment