Thursday, January 28, 2010

HARI SEDIH..

Berita kematian staf tempat berkerja memang mendukacitakan seisi pejabat. Anak muda awak duapuluhan meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung dan menanti hari lahir anak sulung mereka. Begitu ketentuan Illahi yang tidak dapat kita terka apa hikmahnya. Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalanraya setelah pulang daripada menjalankan tugas di Kuala LUmpur. tentunya perjalanan terakhir itu tidak akan dibuat sekiranya dia mengetahui ajal menantinya dipertengahan jalan.Sungguh memilukan.

tatkala loceng berbunyi.. tiba masa rehat, tatkala loceng berbunyi tiba masa balik. Tatkala tiba masa kita pergi, kita mesti pergi. Hidup ini pasti, mati insyallah!

Dalam kesedihan ini aku masih terkenangkan DIDI kucing teruna yang dikembalikan kepada ku. telah lebih tiga minggu DD hilang dan tidak kembali ke rumah. Aku semakin kurang kekuatan untuk mencari dan berharap DD akan bertemu tuan yang baru yang lebih baik daripada aku. Atau mungkin doa ku agar DD kembali kerumah akan termakbul. Doaku agar DD berbahagia menjadi kucing jantan dan kembali kerumah... YANG SENTIASA MENANTIMU DD

Tuesday, January 19, 2010

APA BEZA MANUSIA DAN KUCING?

1) Kucing tidak buang anaknya vs manusia ada yang sanggup membuang anak
2) Allah putuskan hubungan kekeluargaan kucing tatkala mereka mencapai satu tahap umur ... kekeluargaan tiada lagi maknanya.. kerana mereka tidak mempunyai akal.
AKAL adalah satu kurniaan paling berharga untuk manusia. TAPI manusia jarang menggunakan KURNIAAN ini.. Bukan setakat itu, malah hilang rasa kemanusiaan. Ada yang sanggup juga meninggalkan ibu-bapa tanpa kasih sayang.Ah!.. nasib ibubapa yang mengasihi akhirnya terbuang.

APAKAH HIKMAHNYA.....ATAU DUNIA SUDAH MENITI AKHIRNYA?

NASIB MU SIMIAOW...

Petang yang tenang, baru terasa jari-jari ku ingin bercucuk tanam. Hasrat hati ingin menjadikan laman sekangkang kucing sebagai laman herba. Sebeg pohon temu ku beli dari nurseri. Baunya.. ah macam jamu yang memang menjadi musuh aku. Ketika terbongkok-bongkok menanam datang jiranku Yati. ah topik biasa.. dia juga mama kucing. lain sikit dengan aku dia mama miaow comel-comel belaka. Kucing tak comel mungkin dia tak minat.

Apa yang menjadi aku sedikit jengkel kerana dia telah menghijrahkan semua kucing tak Parsinya ke tempat lain. Alasan ada baby baru... begitulah nasib miaow. Tetapi yang comel masih menjadi kesayangan sedangkan comel pun masih kucing!...

Kesemua ini menjadikan aku keliru.. apakah manusia ini sayang, kasih atau kasihan kepada insan yang bernama kucing....confuse!.. ada yang sayang tahap gaban!.. ada yang benci tahap giler!...kasihku kepada kucing tetap sama. Mereka ku beri makan, ku rawat kalau sakit. Aku harus menghadkan kasih ku kepada miaow kerana keadaan tidak mengizinkan.

Romeo dan Emet semakin manja dan setia menanti kepulangan aku setiap hari. Rasa sayang pulak nak serahkan kepada orang lain.

AKU DALAM DILEMA...DITELAN PAHIT DIBUANG SAYANG!....

Friday, January 15, 2010

SELAMAT TINGGAL MINGGU KEDUA JANUARI

Begitu cepat masa berlalu. Hari ini gerhana matahari merupakan gerhana pertama dapat ku lihat dengan terang. Tatkala bulan berada dekat dengan matahari. Ini segera mengingatkan gerhana bulan yang terjadi pada malam tahun baru 2010. Dalam begitu dekat masa kita melihat dua kejadian gerhana yang ditafsirkan oleh pelbagai pihak daripada perspektif yang berbeza. Aku teringat kata nenekku yang gerhana berlaku kerana bulan atau matahari sakit.Itu pemahaman orang lama.....apapun jua apa yang berlaku adalah kebesaran Allah yang jarang kita dapat tafsirkan dengan tepat. Begitu cepat masa berlalu dah selesai minggu kedua Januari. Cabaran tahun baru nampaknya kian terasa. Cabaran kerja, cabaran keluarga... kesihatan juga.

Miaow... Januari bermakna Romeo dan Emet dah menjangkau tiga bulan. Cepat betul masa berlalu. Oh ya siapa Emet dan Romeo?.. Dua ekor anak kucing, yang menjadi tetamu tidak diundang kerumah ku. Kenapa aku namakan Romeo dan Emet?... Nanti aku khabarkan. Ibunya Oren, merupakan kucing yang telah mendiami kawasan 'gated guarded' rumahku. Comel? Anak kucing memang sume comel. Itu panddangan aku... tak kira sama ada Parsi ke.. kampung ke... macam baby juga, semua baby comel. Yang tak comel bila dah besar dan buat perangai. Kucing kalau dah start menyelongkar periuk naik angin juga dibuatnya. Nasib aku bailk kerana semua kucing-kucing aku makan dalam pinggan. Kalau tak mesti aku kecewa. Minta maaf le sebab susah nak upload gambar-gambar kucing-kucing milik aku. Inilah julung-julung kali aku mencipta blog.. makanya dan harusnya aku ketemu sedikit kesukaran yang aku percaya tak lama lagi settle lah!

OK...

Thursday, January 14, 2010

A photo of Sissy

Sissy as an old cat would sit where ever possible. Just look at the pic!...

Wednesday, January 13, 2010

Sissy..

AS promised this is Sissy ... she just loves her photo taken...

Tuesday, January 12, 2010

SISSY...

Sissy is the eldest in my collection. All she does nowadays is sleeping. I think that is the beauty of senior citizen or pensioners. Sissy is 11 years old. she has been 7 times labour pain and she had 32 kittens. I will pose her pic soon.. she is the queen of the house. everybody loves her!. She just so cute

Monday, January 11, 2010

WELCOME TO MAMA MAIOW